Wednesday, April 6, 2016

MUKHAYYAM BANIN MAAHAD TAHFIZ AL FATEH

Maahad Tahfiz Al Fateh telah mengadakan mukhayyam huffaz atau perkehemahan para hafiz disertai seramai 11 hafiz Quran di Air Terjun Lentang  pada 20 Mei 2015. 

"Saya merasakan bahawa mereka ( para hafiz ) perlu juga didedahkan dengan pengalaman hidup ikhtiar hidup. Ini bagi mengambil ibrah bila mana para sahabat yang dahulunya tiada teknplogi maju tapi mereka mampu unutk terus hidup di samping terus menghafaz Al-Quran"ujar pengasas Maahad Tahfiz Al-Fateh, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni

Semua insan perlu berusaha melengkapkan diri mereka sama ada secara rohani mahupun jasmani. Amat penting bagu mereka  untuk mengambil pengajaran apabila mentaddabur alam. Malahan bagi membuktikan diri kita mampu hidup dalam plbagai keadaan ketika diuji dengan musibah yang melanda seperti kemarau, kemalangan, banjir, kematioan dan sebagainya. 

Arif,19 berkata " seronok dapat camping di sini. Dapat tenangkan minda. Hati rasa tenang bila duduk
dalam hutan ini. Paling gembira bila mandi sungai sebab dah lama badan kena air sejuk. Menyegarkan dan sangat membantu dalam penghafalan saya"

Sebutnya lagi perkhemahan ini sangat membantu untuk menenangkan diri setelah berpenat lelah menghafal. Justeru ia medorong saya unutk  lebih gigih menghafal dan bercadang untuk menamatkan hafazannya lebih awal.

Ustaz Lukman Hakim selaku tenaga pengajar berkata " mukhayyam ini berfokus unutk memberi waktu rehat kepada hafiz-hafiz. Sememangnya 100% masa hanya untuk bersantai dan menikmati alam. Aktiviti seperti barrbeku, mandi manda di sungai, sembang santai mengujakan kami semua"

Menurutnya, langkah ini adalah sesuatu yang jarang dilakukan oleh kebanyakkan maahad tahfiz atau pondok di Malaysia tapi mencuba perkara baru itu tidak salah selagi mana ia tidak melanggar syariah. Tambahan pula, ia memberi manfaat dan sememangnya bagus kepada  mereka. 

Ustaz Mohd Zawawi berkata ini ganjaran patut diberikan di atas usaha huffaz yang berusaha menghafal Al Quran Al Karim. Amat sedikit sekali kesedaran di kalangan anak muda skekaran tentang  kepoentingan Al-Quran dalam hidup.  Mereka seharusnya didorong dan bukan dipaksa kerana lebih mudah bagi kita menghafal jika kikta sendiri yang berkehendakknnya.









Saturday, January 2, 2016

NOTIS BUKA SEKOLAH

assalamualaikum wrt wbt

NOTIS PENTING

MAAHAD TAHFIZ AL FATEH JALAN KEBUN AKAN MEMULAKAN SESI PENGAJIANNYA PADA :

HARI         : ISNIN
TARIKH    : 4 JANUARI 2016

SEMUA PELAJAR ASRAMA DIKEHENDAKI MELAPOR DIRI PADA ;

HARI         ; AHAD
TARIKH   : 3 JANUARI 2016
MASA       : 5.00  PETANG



PENTADBIRAN AL FATEH

Wednesday, November 4, 2015

AL ANSAR GROUP PEDULI UMAT

\
Al Ansar Group adalah salah sebuah syarikat bumiputera yang mempunyai rekod pencapaian yang amat membanggakan. Pengerusi eksekutinya , Dato Seri Hj Muhammad Khanafi Husin , seorang yang sangat merendah diri dan sangat cakna dengan pembangunan pendidikan dan perkembangan dakwah Islamiyyah di Malaysia khasnya di Negeri Selangor. 

Semoga amalan murni seperti ini menjadi contoh dan ikutan kepada rakan niaga dan ahli korporat lain untuk turut sama membangun uamt dengan pendidikan dan dakwah Islamiyyah.




5 PRINSIP AL FATEH


Sistem pendidikan kami menekankan 5 prinsip teras bagi membangun insan sepadu yang dapat menjadi PIMPINAN UMAT yang akan mengemudi pelayaran bahtera kepada cara hidup yang berteraskan nilai Qurani Islami.

Sikap saling BEKERJASAMA dan bekerja dalam satu pasukan ( TEAM WORK ) penting dalam sebuah organisasi masyarakat. Kalau anda nak cepat sampai ke destinasi, anda bergeraklah sendiri, jika anda nak bergerak lebih lama, bergeraklah dalam berpasukan.

Menjadi pimpinan umat, sikap berani hidup mandiri akan melahirkan pimpinan yang berani menyatakan kebenaran dan menegakkan keadilan untuk kesejahteraan umat.

Pendekatan pembelajaran yang terbuka untuk berkreatif dan berinovasi dalam mencetuskan idea dan perkembangan ilmu yang produktif 

Cara kami mendidik dengan sikap wasatiyyah (  moderat ) dan sederhana dalam setiap amalan dan tindakan bagi melahirkan insan yang dapat menyatu dengan umat dan realiti hidup masakini.

MUDIR AL FATEH




PEMUDA AL FATEH BERGERAK DITENGAH UMAT

KHABAR  AL FATEH


Sukarelawan al Fateh dijemput untuk bersama-sama dengan para pengayuh basikal yang berkampung di padang awam MBSA di sebelah Maahad Tahfiz Al Fateh. Program besar peringkat nasional ini turut dihadiri pemimpin-pemimpin besar dari kalangan ahli parlimen dan Ahli Dewan Rakyat Selangor.

Semangat kesukarelaan ini merupakan elemen nilai murni yang dapat membentuk sikap dan pemikiran remaja menjadi insan yang peduli dan cakna masyarakat.


 Tuan Haji Salehan Hj Tahir, Ketua Kampung Jalan Kebun turut memberi sokongan padu kepada aktiviti pembangunan dakwah dan pendidikan al fateh.



PROGRAM CUTI SEKOLAH KEM AL FATEH



PENGUMUMAN,,,,PENGUMUMAN...PENGUMUMAN...

RALAT : PROGRAM BERMULA DARI 1 - 23 DISEMBER 2015.


**PIHAK MAAHAD TAHFIZ AL FATEH JALAN KEBUN INGIN MENJEMPUT ANAK-ANAK REMAJA ANDA UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN AL FATEH YANG UNIK DAN MENARIK.


OLEH KERANA TEMPATNYA TERHAD, KAMI MENGGALAKKAN ANDA MENDAFTAR AWAL DENGAN MENGHANTAR ....


NAMA, ALAMAT, USIA, JANTINA, NO HP IBUBAPA KE ;

Whatsapp / Telegram :  019 333 9871  / 013 236 4175 / 013 3014 151




PENDAFTARAN 2016 KINI DIBUKA

Askm wrt wbt

Pihak Pentadbiran ini bersedia membuka pendaftaran baru untuk pelajar lelaki dan perempuan untuk sesi tahun 2016. sila hubungi no tertera untuk tempahan tempat anak-anak anda kerana ianya sangat terhad.

Semua peserta dikehendaki mengikuti PROGRAM INTENSIF HUFFAZ PADA 1 - 23 DISEMBER 2015 ini untuk proses saringan dan pemantapan.

Syukran .