Wednesday, November 4, 2015

AL ANSAR GROUP PEDULI UMAT

\
Al Ansar Group adalah salah sebuah syarikat bumiputera yang mempunyai rekod pencapaian yang amat membanggakan. Pengerusi eksekutinya , Dato Seri Hj Muhammad Khanafi Husin , seorang yang sangat merendah diri dan sangat cakna dengan pembangunan pendidikan dan perkembangan dakwah Islamiyyah di Malaysia khasnya di Negeri Selangor. 

Semoga amalan murni seperti ini menjadi contoh dan ikutan kepada rakan niaga dan ahli korporat lain untuk turut sama membangun uamt dengan pendidikan dan dakwah Islamiyyah.




5 PRINSIP AL FATEH


Sistem pendidikan kami menekankan 5 prinsip teras bagi membangun insan sepadu yang dapat menjadi PIMPINAN UMAT yang akan mengemudi pelayaran bahtera kepada cara hidup yang berteraskan nilai Qurani Islami.

Sikap saling BEKERJASAMA dan bekerja dalam satu pasukan ( TEAM WORK ) penting dalam sebuah organisasi masyarakat. Kalau anda nak cepat sampai ke destinasi, anda bergeraklah sendiri, jika anda nak bergerak lebih lama, bergeraklah dalam berpasukan.

Menjadi pimpinan umat, sikap berani hidup mandiri akan melahirkan pimpinan yang berani menyatakan kebenaran dan menegakkan keadilan untuk kesejahteraan umat.

Pendekatan pembelajaran yang terbuka untuk berkreatif dan berinovasi dalam mencetuskan idea dan perkembangan ilmu yang produktif 

Cara kami mendidik dengan sikap wasatiyyah (  moderat ) dan sederhana dalam setiap amalan dan tindakan bagi melahirkan insan yang dapat menyatu dengan umat dan realiti hidup masakini.

MUDIR AL FATEH




PEMUDA AL FATEH BERGERAK DITENGAH UMAT

KHABAR  AL FATEH


Sukarelawan al Fateh dijemput untuk bersama-sama dengan para pengayuh basikal yang berkampung di padang awam MBSA di sebelah Maahad Tahfiz Al Fateh. Program besar peringkat nasional ini turut dihadiri pemimpin-pemimpin besar dari kalangan ahli parlimen dan Ahli Dewan Rakyat Selangor.

Semangat kesukarelaan ini merupakan elemen nilai murni yang dapat membentuk sikap dan pemikiran remaja menjadi insan yang peduli dan cakna masyarakat.


 Tuan Haji Salehan Hj Tahir, Ketua Kampung Jalan Kebun turut memberi sokongan padu kepada aktiviti pembangunan dakwah dan pendidikan al fateh.



PROGRAM CUTI SEKOLAH KEM AL FATEH



PENGUMUMAN,,,,PENGUMUMAN...PENGUMUMAN...

RALAT : PROGRAM BERMULA DARI 1 - 23 DISEMBER 2015.


**PIHAK MAAHAD TAHFIZ AL FATEH JALAN KEBUN INGIN MENJEMPUT ANAK-ANAK REMAJA ANDA UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN AL FATEH YANG UNIK DAN MENARIK.


OLEH KERANA TEMPATNYA TERHAD, KAMI MENGGALAKKAN ANDA MENDAFTAR AWAL DENGAN MENGHANTAR ....


NAMA, ALAMAT, USIA, JANTINA, NO HP IBUBAPA KE ;

Whatsapp / Telegram :  019 333 9871  / 013 236 4175 / 013 3014 151




PENDAFTARAN 2016 KINI DIBUKA

Askm wrt wbt

Pihak Pentadbiran ini bersedia membuka pendaftaran baru untuk pelajar lelaki dan perempuan untuk sesi tahun 2016. sila hubungi no tertera untuk tempahan tempat anak-anak anda kerana ianya sangat terhad.

Semua peserta dikehendaki mengikuti PROGRAM INTENSIF HUFFAZ PADA 1 - 23 DISEMBER 2015 ini untuk proses saringan dan pemantapan.

Syukran .

Monday, September 28, 2015

MAJLIS KORBAN AL FATEH MERIAH DAN LANCAR


24 September 015 , Khamis ; Selepas solat eid yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Zawawi, Mudir Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, kami semua bersiap mengasah parang dan kapak untuk melakukan pertumpahan darah pada pagi ini.Semuanya telah bersemangat dan bersiap untuk melaksanakan perintah saje.

Syukur Al hamdulillah, akhirnya hajat untuk mengadakan majlis Ibadah Korban untuk tahun ini menjadi kenyataan. Ibadah ini walaupun sunat muakkad, tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam dan kesan yang besar kepada jiwa orang yang berkorban.

Korban ialah memberikan sesuatu yang dikasihi dan disayangi untuk diberikan kepada orang lain. Korban Aidil adha ( Bahasa Arabnya eidul adha) ini pastinya adalah untuk mendekatkan diri kepadaNya dan mendapatkan redaNya. 
Justeru , korbanlah dari yang terbaik dan yang paling kau sayang..

Korban kali ini adalah hasil gotong-royong PERSATUAN PENDIDIKAN AL FATEH, PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH  , ABIM SELANGOR, IBUBAPA MAAHAD AL FATEH DAN PENDUDUK TAMAN LORONG UNIVERSITI JALAN KEBUN.
Turut bersama membantu ialah murid-murid pengajian KAFA Masjid An Naim Jalan Kebun . Mereka terdiri dari muallaf dan mustadhafin dari Kemboja.

Maahad Tahfiz Al Fateh , selaku penganjur, mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dokongan semua bagi menjayakan majlis ini.

Kami juga memohon maaf kerana banyak kelemahan dan kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Tukang sembelih juga mohon maaf sebab pisau sembelihan kali ini kurang tajam. "Mungkin jenama itu kurang baik atau asahannya yang kurang tajam" katanya lagi. 
"Berat lembunya juga macam tak sepadan dengan harganya! Kita akan semak semula nanti" kata salah seorang ajk yang ditemui.

Inysa Allah , pada masa akan datang , segala pandangan dan cadangan akan diberikan perhatian.




Monday, September 21, 2015

PROGRAM AL FATEH HUFFAZ CENTRE


AL FATEH HUFFAZ CENTRE adalah pusat pengajian Al Quran dari usia  kanak-kanak hinggalah dewasa. Program kami untuk fasa pertama ini  bermula pada tahun 2015 .

 Program tahfiz kanak-kanak AL FATEH LITTLE HUFFAZ : Bermula usia  3 tahun hingga 6 tahun
cawangan Bandar Puteri
cawangan Taman Berjaya

Program tahfiz remaja : MAAHAD TAHFIZ AL FATEH : Bermula usia 13 tahun

program untuk pelajar lelaki : Seksyen 32 Taman Berjaya Shah Alam
program untuk pelajar perempuan : Darul Qurtubi , Seksyen 30 Jalan Kebun 


SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum wrt wbt

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelajar dan ibubapa Maahad Tahfiz ini .

semoga hidup kita ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Kami menjemput semua warga penduduk Lorong Universiti Jalan Kebun untuk bersama-sama kami bergotong-royong membantu melapah dan mengagihkan daging korban kepada fakir miskin, muallaf dan mustadhafin kemboja.

SOLAT AIDIL ADHA AKAN DIADAKAN PADA JAM 8.00 PAGI ( 24 SEPTEMBER 2015)
DI SURAU AL FATEH ( AL KHIBRAH ), LORONG UNIVERSITI JALAN KEBUN.

SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN





Sunday, September 20, 2015

SALAM UKHUWWAH IMANIYYAH FILLAH


Assalamualaikum wrt wbt


Syukur alhamdulillah, Maahad ini telah berjaya melepasi 6 bulan pertama sesi pembelajarannya dan berbagai pengalaman dilalui dan dirasai sepanjang perjalanan ini. Kami amat bersyukur kepada Allah SWT yang terus menganugerahkan Bahtera al Fateh ini dengan berbagai kemudahan dan kelancaran semasa bahtera ini meredah samudera yang luas dan dalam.

Kami bertekad akan terus maju ke hadapan dan berkembang mengikut road map yang telah dirancang. Semoga niat murni ini akan sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah SWT dan dipermudahkan segala urusannya . amiiiinn.

MOZAM