24 September 015 , Khamis ; Selepas solat eid yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Zawawi, Mudir Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, kami semua bersiap mengasah parang dan kapak untuk melakukan pertumpahan darah pada pagi ini.Semuanya telah bersemangat dan bersiap untuk melaksanakan perintah saje.
Syukur Al hamdulillah, akhirnya hajat untuk mengadakan majlis Ibadah Korban untuk tahun ini menjadi kenyataan. Ibadah ini walaupun sunat muakkad, tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam dan kesan yang besar kepada jiwa orang yang berkorban.
Korban ialah memberikan sesuatu yang dikasihi dan disayangi untuk diberikan kepada orang lain. Korban Aidil adha ( Bahasa Arabnya eidul adha) ini pastinya adalah untuk mendekatkan diri kepadaNya dan mendapatkan redaNya.
Justeru , korbanlah dari yang terbaik dan yang paling kau sayang..
Korban kali ini adalah hasil gotong-royong PERSATUAN PENDIDIKAN AL FATEH, PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH , ABIM SELANGOR, IBUBAPA MAAHAD AL FATEH DAN PENDUDUK TAMAN LORONG UNIVERSITI JALAN KEBUN.
Turut bersama membantu ialah murid-murid pengajian KAFA Masjid An Naim Jalan Kebun . Mereka terdiri dari muallaf dan mustadhafin dari Kemboja.
Maahad Tahfiz Al Fateh , selaku penganjur, mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dokongan semua bagi menjayakan majlis ini.
Kami juga memohon maaf kerana banyak kelemahan dan kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Tukang sembelih juga mohon maaf sebab pisau sembelihan kali ini kurang tajam. "Mungkin jenama itu kurang baik atau asahannya yang kurang tajam" katanya lagi.
"Berat lembunya juga macam tak sepadan dengan harganya! Kita akan semak semula nanti" kata salah seorang ajk yang ditemui.
Inysa Allah , pada masa akan datang , segala pandangan dan cadangan akan diberikan perhatian.