Wednesday, April 6, 2016

MUKHAYYAM BANIN MAAHAD TAHFIZ AL FATEH

Maahad Tahfiz Al Fateh telah mengadakan mukhayyam huffaz atau perkehemahan para hafiz disertai seramai 11 hafiz Quran di Air Terjun Lentang  pada 20 Mei 2015. 

"Saya merasakan bahawa mereka ( para hafiz ) perlu juga didedahkan dengan pengalaman hidup ikhtiar hidup. Ini bagi mengambil ibrah bila mana para sahabat yang dahulunya tiada teknplogi maju tapi mereka mampu unutk terus hidup di samping terus menghafaz Al-Quran"ujar pengasas Maahad Tahfiz Al-Fateh, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni

Semua insan perlu berusaha melengkapkan diri mereka sama ada secara rohani mahupun jasmani. Amat penting bagu mereka  untuk mengambil pengajaran apabila mentaddabur alam. Malahan bagi membuktikan diri kita mampu hidup dalam plbagai keadaan ketika diuji dengan musibah yang melanda seperti kemarau, kemalangan, banjir, kematioan dan sebagainya. 

Arif,19 berkata " seronok dapat camping di sini. Dapat tenangkan minda. Hati rasa tenang bila duduk
dalam hutan ini. Paling gembira bila mandi sungai sebab dah lama badan kena air sejuk. Menyegarkan dan sangat membantu dalam penghafalan saya"

Sebutnya lagi perkhemahan ini sangat membantu untuk menenangkan diri setelah berpenat lelah menghafal. Justeru ia medorong saya unutk  lebih gigih menghafal dan bercadang untuk menamatkan hafazannya lebih awal.

Ustaz Lukman Hakim selaku tenaga pengajar berkata " mukhayyam ini berfokus unutk memberi waktu rehat kepada hafiz-hafiz. Sememangnya 100% masa hanya untuk bersantai dan menikmati alam. Aktiviti seperti barrbeku, mandi manda di sungai, sembang santai mengujakan kami semua"

Menurutnya, langkah ini adalah sesuatu yang jarang dilakukan oleh kebanyakkan maahad tahfiz atau pondok di Malaysia tapi mencuba perkara baru itu tidak salah selagi mana ia tidak melanggar syariah. Tambahan pula, ia memberi manfaat dan sememangnya bagus kepada  mereka. 

Ustaz Mohd Zawawi berkata ini ganjaran patut diberikan di atas usaha huffaz yang berusaha menghafal Al Quran Al Karim. Amat sedikit sekali kesedaran di kalangan anak muda skekaran tentang  kepoentingan Al-Quran dalam hidup.  Mereka seharusnya didorong dan bukan dipaksa kerana lebih mudah bagi kita menghafal jika kikta sendiri yang berkehendakknnya.